Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang



Sekolah Rendah Batang Mitus, Tutong 1 telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang pada 29 November 2010 hari Isnin.

Tetamu kehormat pada hari tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Osman bin Haji Md. Jair Pengarah Urusan Insurans Islam TAIB, Negara Brunei Darussalam. Turut hadir Yang Mulia Awang Sungkai bin Anja Ketua Kampong Batang Mitus/Kebia, Tutong. Majlis diserikan dengan persembahan dari murid-murid sekolah ini. Yang Mulia tetamu kehormat telah berkesudian memberikan sedikit ucapan dan menyempurnakan menyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya. Acara berakhir dalam masa 1 jam setengah.

Seterusnya acara pagi tersebut diselitkan dengan menanda tangani rekod pencapaian murid-murid oleh ibu bapa / penjaga murid sekolah ini.

Comments