Saturday, 14 May 2016

LAWATAN MENTERI PENDIDIKAN

14 MEI 2016 (SABTU), Menteri Pendidikan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dan rombongan telah membuat lawatan ke Sekolah Rendah Batang Mitus Tutong, Kluster 4. Ketibaan rombongan Yang Berhormat Menteri Pendidikan di alu-alukan oleh guru besar SR.Batang Mitus iaitu Cg.Rosmahwati binti Hj Md Yassin. Kemudian Yang Berhormat bergambar ramai dengan guru-guru dan terus dibawa melawat ke beberapa buah kelas bagi melihat sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Selepas itu Yang Berhormat di bawa ke Bilik Perpustakaan untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh guru besar. Di akhir lawatan guru-guru dan murid-murid mengambil kesempatan untuk bergambar ramai dan bersalaman dengan Yang Berhormat Pehin.















Friday, 26 February 2016

AKTIVITI MEWARNA SEMPENA HARI KEBANGSAAN NBD

RABU 24 Februari 2016
Sekolah telah mengadakan aktiviti mewarna bagi prasekolah hingga tahun 6 sempena sambutan Hari Kebangsaan NBD yang ke 32 tahun. Aktiviti ini diadakan di bilik makan Sekolah Rendah Batang Mitus. Selain itu aktiviti mewarna ini dibukakan juga untuk guru-guru Sekolah Rendah Batang Mitus.












Friday, 24 April 2015

LAWATAN PENDIDIKAN SAINS 'RESCUE' OGDC

14 FEBRUARI 2014(SELASA), Sekolah Rendah Batang Mitus telah membuat lawatan sambil belajar ke Pameran Pendidikan Sains yang bertemakan 'Rescue'. Pameran ini diadakan di Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) Seria. Lawatan ini hanya bagi murid-murid rendah atas sahaja iaitu tahun 4 hingga 6 dan dua orang guru. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan pendedahan tentang pembelajaran sains dan teknologi dan hubungkaitnya dengan kehidupan seharian terutamanya dalam kerja-kerja penyelamat.
















Saturday, 28 February 2015

AKTIVITI TERAKHIR SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

28 FEBRUARI 2015 (SABTU), Aktiviti terakhir sempena Sambutan Hari Kebangsaan sekolah telah mengadakan perbarisan mengibar bendera, kuiz Hari Kebangsaan dan penyampaian hadiah. Aktiviti ini dimulakan dengan perbarisan pagi seperti biasa, menyanyikan lagu kebangsaan dan membaca doa. seterusnya perbarisaan mengibar bendera mengelilingi kawasan perbarisan pagi. selepas itu, aktiviti kuiz Hari Kebangsaan secara terbuka diajukan kepada semua murid. Akhir sekali penyampaian hadiah bagi pemenang aktiviti mewarna dan kuiz yang telah disampaikan oleh guru besar Sekolah Rendah Batang Mitus.









PERBARISAN MENGIBAR BENDERA BRUNEI DARUSSALAM

25 FEBRUARI 2015 (RABU), Aktiviti ketiga sempena Sambutan Hari Kebangsaan sekolah telah mengadakan perbarisan mengibar bendera dengan berjalan sekeliling tempat perbarisan pagi. Aktiviti ini dimulakan dengan perbarisan pagi, menyanyikan lagu kebangsaan dan membaca doa. Semua murid dan guru terlibat dalam menjalankan aktiviti ini. Selepas perbarisan pagi aktiviti kuiz dijalankan di dalam kelas masing-masing. Soalan-soalan kuiz dibacakan oleh guru-guru pengawas yang telah diaturkan dan mencatat nama-nama murid yang dapat menjawab soalan yang diajukan.