Sesi Kongsisama Strategi Pengajaran (Aktiviti-Aktiviti Pengukuhan)

Tutong, 08 Julai 2009 – Sesi kongsisama strategi pengajaran bagi guru-guru Sekolah Rendah Batang Mitus, Tutong 1 telah diadakan pada 27 Mei 2009 yang lalu.
Sesi Kongsisama ini bertujuan untuk memotivasikan guru-guru untuk mereka cipta bahan aktiviti-aktiviti mereka sendiri disamping ianya dapat memotivasikan diri murid untuk mengikuti pembelajaran dan pengajaran.
Berkesudiaan untuk mengkongsisamakan strategi pengajaran ialah Guru Besar Sekolah Rendah Batang Mitus, Awg. Tan Kian Hoe. Beberapa aktiviti-aktiviti Pengukuhan telah dikongsikan oleh beliau. Antaranya ialah aktiviti melalui nyanyian, mendeklamasikan sajak dan permainan pendidikan yang beliau cipta dan dapatan melalui bengkel yang dihadiri.
Contoh nyanyian:

OUR TEETH
Incisors (2x), where are you ?Here I’m(2x)… cutting the bread
Canines(2x), where are you ?Here I’m(2x)… tearing the meat
Premolars(2x), Where are you ?Here I’m(2x)…crushing the nut
Dear Molars(2x), where are you ?Here I’m(2x)…grinding the food
All the teeth (2x), how are you ?We are strong (2x) and.. also… healthy.
(Tune: My big thumb)

Guru Besar menunjukkan bahan bagi aktiviti Pengukuhan sesuai untuk semua mata pelajaran

Comments