SEMBAHYANG HAJAT DAN CERAMAH MOTIVASI

14 OKTOBER 2017 (SABTU), SRBM telah mengadakan majlis sembahyang hajat, bacaan yassin dan doa selamat bagi murid-murid tahun 6 yang tidak lama lagi akan menduduki peperiksaan PSR. Semua guru-guru tahun 6 bersama guru besar bersama-sama hadir ke majlis tersebut. Majlis ini diadakan di masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel, Kampong Pengkalan Mau Tutong. Acara ini bermula pada pukul 8.00 pagi. Majlis ini disertai oleh tiga buah sekolah iaitu SR.Batang Mitus, SR. Birau dan SR.Kiudang. Selain itu ceramah motivasi juga diadakan di dewan SR.Kiudang selepas sahaja selesai sembahyang hajat.










Comments