KEMPEN KEBERSIHAN BERSAMA MPK DAN PIBG

24 REJAB 1438 bersamaan dengan 21 APRIL 2017( JUMAAT), Majlis Perundingan Kampung Batang Mitus/Kebia(MPK) bersama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SR.Batang Mitus telah mengadakan kempen kebersihan dan bergotong-royong memotong rumput padang sekolah dan kawasan sekolah. Kempen ini juga telah dibantu oleh Ahli SUKA Daerah Tutong. Acara dimulakan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Yang Berhormat Haji Umarali bin Esong. Bagi memberkati acara, Ustaz Shafrin bin Omar telah mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat. Manakala ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Penghulu Mukim Kiudang Haji Abdul Rahim bin Abdullah Yakin. Selain itu, Yang Berhormat juga berpeluang melawat bangunan sekolah dan mini galeri sekolah.





















Comments