24 FEBRUARI 2015 (SELASA), Sekolah telah mengadakan aktiviti mewarna bendera NBD dan logo Hari Kebangsaan. Aktiviti ini adalah susulan dari pembukaan sambutan Hari Kebangsaan yang telah diadakan pada 21 Februari 2015. Antara aktiviti yang diadakan adalah mewarna bendera NBD bagi murid prasekolah dan tahun 1, membuat kolaj dengan melekatkan kertas warna pada bendera NBD bagi murid tahun 2 dan 3. Manakala bagi murid rendah atas mereka dikehendaki mewarna logo Hari Kebangsaan. Aktiviti ini diadakan di bilik makan SR Batang Mitus.
Comments
Post a Comment