SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

22 FEBRUARI 2014 (SABTU), sempena hari kebangsaan yang akan diadakan pada 23 Februari 2014 Sekolah Rendah Batang Mitus telah mengambil kesempatan ini untuk mengadakan beberapa acara yang berkaitan dengan hari kebangsaan.Antara acara yang diadakan ialah menaikkan bendera Negara Brunei Darussalam, menyanyikan lagu kebangsaan, ikrar, penyerahan bendera kecil dan berarak membawa bendera kecil sambil menyanyikan lagu patriotik.

Ikrar disampaikan oleh murid tahun 6
Guru Besar Cg.Hj Abd Mutalif bin Hj Abd Ghani telah menyerahkan bendera kecil kepada murid-murid


Murid-murid berarak membawa bendera kecil



Comments