Majlis Perpisahan


Pada 30 November 2010, Pihak sekolah telah mengadakan majlis perpisahan bagi Cikgu Noorla Herwanti binti Haji Panjang Guru yang mengajar tahun 6 pada tahun ini dan akan berpindah ke Sekolah Rendah Kapok pada tahun hadapan setelah berkhidmat di Sekolah ini selama setahun setengah. Majlis ini juga diadakan bagi meraikan murid-murid tahun 6 yang telah lulus dan mengharumkan nama sekolah dengan memperolehi 100 % lulus dalam PSR 2010.


Yang Mulia Awang Tan Kian Hoe Guru Besar Sekolah Rendah Batang Mitus telah memberikan ucapan dan diikuti oleh Cikgu Noorla Herwanti iaitu guru yang diraikan dalam majlis ini. Seorang wakil murid tahun 6 juga telah memberikan ucapan terima kasih atas didikan dan bimbingan semua guru di sekolah ini.

Comments