Seramai 15 orang guru dari Sekolah Rendah Batang Mitus dan 16 orang guru dari Sekolah Rendah Kampong Menengah, Tutong 1 telah melawat ke Sekolah Rendah Panchong , Tutong 2 pada 07 Julai 2010 jam 1.45 petang. Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Cikgu Tan Kian Hoe Guru Besar SR Batang Mitus dan Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Abu Bakar Guru Besar SR Kampong Menengah. Setiba di SR Panchong, kami telah disambut mesra oleh Yang Mulia Cikgu Ukoi bin Anam Guru Besar SR Panchong bersama dengan guru-guru sekolah tersebut. Kami telah diberikan sedikit taklimat mengenai profile sekolah dan perkembangan sekolah oleh Cikgu Lim Leng Hua. Kemudian dibawa untuk melawat kelas-kelas dan bilik-bilik khas yang terdapat di sekolah ini.
Setelah rehat dan menikmat jamuan kami telah dibawa melawat ke Eco Garden yang terdapat di sekolah ini. Lawatan kami berakhir kira-kira jam 4.15 petang.
Comments
Post a Comment