The Magic Box :: Di Sediakan oleh Cg. Hamrey


Contoh Mata Pelajaran: Pelajaran Am

Aktiviti: Permainan kad soalan (The Magic Box)

Masa dihadkan: 10 ke 15 minit

Cara perlaksanaan aktiviti.

1) Murid-murid akan di bahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut

keramaian kelas dimana 1 kumpulan mempunyai 4 orang ahli. Setiap

kumpulan akan diberi 1 wisel (akan diterangkan kegunaannya kemudian).


2) Setiap kumpulan akan di beri masa 10 saat sahaja untuk menjawab setiap 1

soalan.


3) Setelah permainan dimulakan, kumpulan yang memenangi undi akan

memulakan permainan dahulu dimana seorang wakil akan dibenarkan untuk

memasuki kad ke dalam kotak (Magic Box) untuk mendapatkan soalan. Setiap

murid dalam kumpulan akan dibenarkan untuk memasukkan kad secara

bergilir-gilir. Setelah kad dimasukan, kumpulan tersebut bolehlah berbincang

untuk menjawab dalam jangka masa 5 saat.


4) Selepas kumpulan itu selesai menjawab, kumpulan seterusnya akan

memasukkan kad ke dalam kotak untuk mendapat soalan seterusnya. Setiap

kumpulan akan bergilir-gilir memasukkan kad untuk mendapatkan soalan

sehinggalah tamat waktu permainan.


5) Sekiranya ada kumpulan yang tidak dapat menjawab soalan pada giliran

mereka, soalan itu akan di buka pada kumpulan lain dan guru akan membaca

soalannya dan mana-mana kumpulan yang hendak menjawab haruslah

meniup wisel mereka. Kumpulan pertama yang meniup wisel akan dibenarkan

untuk menjawab.


6) Setiap soalan menpunyai 2 mata jika dijawab dengan betul.


7) Disamping itu, kad yang disediakan bagi setiap permainan adalah sebanyak 20

kad soalan dan guru akan menyelitkan 4 kad “bonus” dimana jika kumpulan

yang mendapat kad tersebut akan memenangi hadiah jika berjaya menjawab

soalan yang disediakan oleh guru.


8) Setelah waktu tamat, mata terkumpul akan dikira dan kumpulan yang

mempunyai mata tertinggi adalah kumpulan pemenang.


The Magic Box

Kad-kad soalan

Murid memasukkan kad untuk mendapatkan soalan

Murid-murid bolehlah membaca soalan dan berbincang selama 5 saat.

Comments