Mata pelajaran : Bahasa Melayu.
Tahun : 1, 2, 3 & 4.
Aktiviti : Mengisi petak-petak kosong dengan huruf-huruf yang sesuai untuk membentuk kata nama am yang betul.
Jangka masa : 10 - 15 minit.
Pelaksanaan :
1. Murid akan dibahagikan kepada kumpulan (setiap kumpulan mengandungi 3 atau 4 orang murid).
2. Setiap kumpulan akan diberikan kertas (sila rujuk lampiran 1).
3. Murid akan melihat soalan bagi aktiviti melalui slide Power Point yang telah disediakan oleh guru.
4. Murid akan diterangkan mengenai aktiviti – Setiap kumpulan harus menjawab 12 soalan. Soalan akan dibahagikan kepada empat kategori iaitu binatang, tempat, benda dan orang. Setiap kumpulan harus mengisi huruf yang betul pada petak-petak yang kosong. Setiap kata nama am akan diberi pembayang (clue).
5. Murid akan diberi masa 7 minit untuk menjawab soalan.
6. Setelah selesai, seorang daripada setiap kumpulan akan membacakan jawapan di hadapan.
klik link dibawah untuk download powerpoint untuk aktiviti ini :
Comments
Post a Comment