Pemeriksaan suhu badan warga sekolah


Pemeriksaan suhu badan warga sekolah

SR. Batang Mitus, Tutong , 08 Ju1 2009 – Guru-guru yang terlibat bermula dari 29 Jun 2009 di sekolah ini membuat pemeriksaan suhu badan semua warga sekolah. Ia bertujuan memastikan semua warga sekolah berkeadaan sihat dan bebas daripada wabak influenza A (H1N1).
Semua guru dan kakitangan sekolah juga diperiksa suhu badan bermula dari 29 Jun 2009 hingga ke hari ini bagi memastikan mereka sihat untuk menjalankan tugas seharian.

Guru-guru yang bertugas memeriksa suhu badan murid-murid sebelum mereka masuk ke dalam bilik darjah.


Pemeriksaan suhu badan murid-murid mula diawal pagi sebelum mereka masuk ke kelas untuk meneruskan pembelajaran bermula pada 06 Julai 2009 yang lalu. Sebelum pemeriksaan dibuat, murid-murid terletih dahulu diarahkan untuk membasuh tangan menggunakan hand soap yang telah disediakan di tempat membasuh tangan berdekatan dengan dapur sekolah.

Guru Besar, Awg Tan Kian Hoe memberikan sedikit penerangan kepada murid-murid tentang penjagaan kesihatan diri pada 06 Julai 2009.


Untuk memastikan sekolah berkeadaan bersih, kawasan sekolah, bilik darjah, tandas-tandas dan dapur telah dipastikan berkeadaan bersih disamping semua semua pemegang besi di beranda dibersihkan dengan menggunakan dettol.

Comments