Hari Akademik 2009 Bagi Sekolah Rendah Batang Mitus

Hari Akademik 2009 Bagi Sekolah Rendah Batang Mitus


Tutong, 14 Mei 2009 - Sekolah Rendah Batang Mitus, Tutong 1 telah mengadakan Hari Akademik yang merupakan salah satu projek Bahagian Akademik 2009.

Hari Akademik kali ini memfokuskan kepada dua mata pelajaran penting iaitu Matematik dan Bahasa Inggeris. Acara tersebut telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pertama (8 pagi – 10 pagi) bagi mata pelajaran Mathematics dan sesi kedua (10.30pagi – 12tgh) disambung dengan subjek Bahasa Melayu.


Hari Akademik ini bertujuan untuk mengimbas semula pelajaran yang telah dipelajari sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Penilaian Dua. Disamping itu, acara ini juga diharap dapat memupuk semangat berpasukan yang positif di kalangan murid-murid sekolah ini dalam suasana ‘fun, learn and play’.


Aktiviti-aktiviti pada hari tersebut dijalankan secara serentak mengikut aliran iaitu bagi Rendah Bawah dan Rendah Atas yang dikendalikan oleh guru-guru di sekolah ini di bilik darjah dan di bilik Taklimat. Aktiviti Hari Akademik berakhir pada jam 12 tengahari.

Comments